About me

Blog ini sekadar perkongsian trade saya, tidak lebih dan tidak kurang. Saya tidak mengajar forex, tetapi belajar forex dan apa yang saya tahu, apa yang saya guna dalam trading, saya kongsikan dalam blog ini.

Tidak ada signal akan diberikan di blog belajar forex ini. Saya juga tidak mengajar, dan tidak akan mengajar forex (harap tiada permintaan dari pembaca saya) disebabkan kekangan masa. Apa yang saya kongsikan dalam blog ini, mungkin membantu anda faham untuk baca dan lihat pergerakan graf. Sambil-sambil tu, anda boleh belajar forex juga. Mana yang boleh buat untung tu, guna saja.

Ada dua akaun yang saya guna untuk tujuan ini. 1 akaun kecil di Instaforex, dan satu lagi di Hotforex. Dua-dua ada islamic account.

Antara indicator yang saya gunakan dalam daily trading saya ialah trendline, awesome oscillator untuk lihat divergence, chart pattern, dan juga candlestick. Yang paling utama dalam trading saya ialah trendline, di mana saya akan letak trendline dan dari situ saya akan nampak pattern pergerakan graf. Kemudian, saya akan lihat pada Awesome Oscillator (default setting) untuk lihat divergence. Dari sini, kita boleh lihat samada trend akan berubah, atau teruskan trend. Bila nak buat entry samada buy atau sell, sekali lagi saya akan lihat pada trendline. Selalunya, saya akan buy atau sell sebaik candle mencecah trendline, samada pada garisan support atau resistance. Nanti saya tunjukkan dalam graf-graf yang akan datang.

Candlestick saya guna pada time frame 1 jam, dan daily. Candlestick juga merupakan petunjuk yang penting dalam daily trade saya.

Kalau nak follow perkongsian saya, boleh subsrcibe blog saya. Semoga bermanfaat 🙂