GBPUSD turun selepas muncul Regular Bearish Divergence

Ini antara successful trade yang saya buat, berdasarkan trendline dan juga penggunaan Awesome Oscillator untuk kenal pasti pembentukan divergence. Bagi mereka yang belum tahu tentang divergence, adalah agak bagus jika anda luangkan masa untuk baca dan fahami jenis-jenis divergence. Ia bukan sahaja berguna untuk forex trading, malah apa-apa jenis komiditi pun sesuai.

Divergence ada empat jenis. Agak lama juga saya ambil masa untuk kenal pasti kewujudan divergence ini pada graf. Kalau tak silap saya, hampir 6 bulan baru saya betul-betul agak jelas dengan teknik divergence untuk forex trading ini.

Boleh download dan print gambar di atas, tampal dekat dengan skrin komputer. Supaya, senang kita nak faham dan cari di graf. Teknik ini, saya jamin, sebaik anda faham, anda akan tahu samada trend akan terus naik, trend berubah, masa mana nak buat order buy/sell.

Di bawah ni saya tunjukkan graf trade saya. Mungkin anda juga boleh cari di graf anda sendiri di MT4, dan tandakan pada graf komputer anda.

Lepas beberapa hari, GBPUSD masih jatuh.

Kalaupun anda tak nak guna teknik divergence, boleh juga guna teknik trendline. Lihat garisan trendline merah yang saya lukis pada graf. Bila price cecah garisan tu, terus SELL. Letak Stop Loss atas sikit daripada previous top.

Dah boleh close entry, dan take profit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *