GbpUsd naik selepas ada divergence, kemudian turun pun lepas ada divergence

Bila market tengah cantik, senang kita nak buat forecast harga pasaran. Nampak signal muncul, diikuti dengan beberapa indicator lain pun dah cukup untuk kita masuk pasaran, iaitu samada kita nak buy atau pun sell.

Hari ni nampak divergence di GBPUSD, timeframe 1 jam pun ada, timeframe 30 minit pun ada. Jadi, bila timeframe tak besar ni, kita pun tak perlulah nak swing, cukup dengan intraday. Dapat 20 hingga 50 pip pun dah boleh take profit. Tujuannya, bila kita trade begini, kita nak profit hari-hari, bukan nak swing untuk target major trend.

Lagi cun pulak tu bila price cecah garisan trendline, menunjukkan support kat situ. Boleh buy, dan buat lah target profit sedikit atau sama dengan top sebelumnya.

Bila dah untung macam ni, exit market dan pergilah tonton tv. Supaya tidak rasa tamak. Esok, cari entry lain pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *