GBPUSD – Falling Wedges baru muncul

Akhir-akhir ini agak menarik untuk trade forex di pair GBPSUD. Sebab senang nak agak pembentukan pattern atau arah pergerakan pair tersebut.

Masa duk lihat-lihat graf, saya dapati ada kemungkinan berlakunya falling wedges pada GBPUSD ni. Saya screenshot awal-awal untuk pembaca saya. Pertama sekali, tanda dulu di graf garisan-garisan yang menunjukkan potensi falling wedges.

Secara asasnya, inilah falling wedges. Sedang harga turun, anda dapati jurang dari satu top ke bottom makin sempit. Ia akan sempit…makin sempit…pastu akan berlaku breakout.

belajar forex guna trendline

Seperti biasa, saya akan buy/sell sebaik harga menyentuh garisan trendline. Jadi, ini teknik trendline + chart pattern.

Kita close atau exit entry bila harga menyentuk garisan trendline di bahagian atas (jika BUY), atau garisan trendline bawah (jika SELL).

Ini dah pun untung.

Saya close dulu entry itu sebab sudah untung lebih 100 pip. Lagi satu, sebab saya bimbang hari Sabtu dan Ahad cuti, buka market nanti tak tahu apa nak jadi. Jadi, close dulu. Jika berlaku breakout, nanti kita buy lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *