Broadening Wedges di GBPUSD

Dah Isnin pun hari ni. Kebanyakan trader mungkin dah pun buka chart di Metatrader masing-masing untuk lihat dan buat analisis minggu ini. Kebetulan, saya pun duk buat benda sama dan nampak pembentukan Ascending Broadening Wedges di pair GBPUSD, pada timeframe 30 minit, 1 jam dan 15 minit pun.

Jelas nampak pembentukannya.

Seperti pos sebelum ini, saya jangkakan yang harga GBPUSD akan naik, sebab ada falling wedges yang besar pada timeframe besar. Boleh baca di pos saya sebelum ini (klik).

Ascending Broadening Wedges ni sangat senang nak nampak. Boleh lihat pada gambar di bawah. Ia macam falling wedges yang terbalik, bukaan dari sempit kepada luas.

Manakala, Descending Broadening Wedges pula sebaliknya, lebih kurang macam gambar dalam chart di bawah ni.

Sama-sama kita tunggu dan lihat, samada betul atau tidak apa yang saya jangkakan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *